Alhamdullilah, Syukur pada Allah kerana dengan izinNya dapat kita laksanakan Majlis Perlantikan Pengawas Surau Al-Kauthar SMK Alam Megah 2 dengan jayanya. Sekalung tahniah kami ucapkan kepada barisan pengawas surau yang telah terpilih untuk menjawat jawatan ini. Badan Pengawas Surau ini diketuai oleh saudara Muhd Arif Arsyad dan dibantu oleh Zuhairi bin Zaini serta jawatankuasa lain. Semoga semua ahli Badan Pengawas Surau dapat menjalankan amanah...