Risalah Nisfu Syaaban telah diedarkan kepada murid-murid pada 29 Mei 2015..Risalah ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang nisfu syaaban dan persediaan menghadapi bulan Ramadhan..
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^######
Terima Kasih Kerana Sudi Meluangkan Masa Melayari Blog Kami xD.
Semoga Pn Zaiton sihat selalu dan dapat meneruskan sumbangan untuk sekolah dan Surau Al-Kauthar
Alhamdullilah, Kami berjaya!! Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjadikan Surau Al-Kauthar Juara Peringkat Kebangsaan Alhmadullilah xD
Persatuan Agama Islam dan Kelab Nasyid telah berkerjasama sebagai satu team perarakan sempena Program Ambang Merdeka di SMK Alam Megah 2
Pengawas Surau bersama-sama ikrar di pentas yang diketuai oleh Pengawas Surau
Kontinen lelaki telah memperolehi naib johan dalam perarakan sempena Sambutan Maulidul Rasul,Negeri Selangor
Risalah Nisfu Syaaban telah diedarkan kepada murid-murid pada 29 Mei 2015..Risalah ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang nisfu syaaban dan persediaan menghadapi bulan Ramadhan..
Program Sumbangan Kasih ialah program mengutip dana untuk membantu komuniti luar yang ditimpa musibah.Warga SMKAM2 telah menganjurkan kutipan bagi guru-guru dan staf untuk membantu meringankan beban SMA Hira' Shah Alam yang ditimpa musibah(bumbung sekolah dihempap pokok besar).Alhamdulillah..kutipan sebanyak rm750 daripada warga SMKAM2 dan rm500 daripada sumbangan individu.Penyerahan sumbangan di sampaikan kepada pentadbir SMA Hira' Shah Alam.
Alhamdulillah,Majlis Iftar Ramadhan dan Solat Terawih telah diadakan pada 2 Julai 2015(Khamis) di Kantin Sekolah dan Surau Al Kauthar.Majlis disertai oleh 50 orang murid asnaf,50 orang pengawas surau,guru-guru dan staf SMKAM2.Penceramah jemputan ialah Al Fadhil Ustaz Daud Al Firdausi manakala imam jemputan ialah Al Fadhil Ustaz Dhiya' Ar Rahman.Majlis berjalan lancar.Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Program Israk Mikraj diadakan pada 8 Mei 2015 di Anjung Perdana. Penceramah jemputan ialah Al Fadhil Ustaz Uda bin Kassim..semua murid dan guru khusyuk mendengar ceramah tersebut.Semoga sama-sama mendapat manfaat..
Jawatankuasa Surau Al Kauthar sentiasa mengadakan gotong royong menceriakan surau dan persekitaran.Pengawas surau dan ahli Persatuan Agama Islam bersama-sama berganding bahu bagi memastikan surau ceria sepanjang tahun..
Kem Solat Sirotol Mustaqim telah diadakan pada 18 dan 19 April 2015(Sabtu & Ahad) di Surau Al Kauthar.Murid yang terlibat adalah murid-murid Tingkatan 5.Mereka didedahkan dengan penerangan tentang ibadat solat.Alhamdulillah,peserta mendapat manafaat sepenuhnya daripada program tersebut.
Program Solat Hajat,Solat Dhuha & Bacaan Yaasin Perdana sempena hari guru telah diadakan pada 29 Mei 2015 di Anjung Perdana.Semua guru dan murid Islam SMKAM2 bersama-sama menjayakan program tersebut.Terima kasih atas kerjasama semua.
Program usrah diadakan untuk murid-murid Tingkatan 3,4 & 5 serta ahli Persatuan Agama Islam.Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Naqib usrah mengendalikan usrah dengan bimbingan guru.