Program Khatam al Quran dan Tautan Kasih telah diadakan pada 13 Julai 2015.Seramai 22 orang murid terlibat sebagai peserta khatam. Manakala 65 buah hampir dan sumbangan duit disediakan untuk murid-murid yang kurang berkemampuan.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^######
Terima Kasih Kerana Sudi Meluangkan Masa Melayari Blog Kami xD.
Semoga Pn Zaiton sihat selalu dan dapat meneruskan sumbangan untuk sekolah dan Surau Al-Kauthar
Alhamdullilah, Kami berjaya!! Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjadikan Surau Al-Kauthar Juara Peringkat Kebangsaan Alhmadullilah xD
Persatuan Agama Islam dan Kelab Nasyid telah berkerjasama sebagai satu team perarakan sempena Program Ambang Merdeka di SMK Alam Megah 2
Pengawas Surau bersama-sama ikrar di pentas yang diketuai oleh Pengawas Surau
Kontinen lelaki telah memperolehi naib johan dalam perarakan sempena Sambutan Maulidul Rasul,Negeri Selangor
Program Khatam al Quran dan Tautan Kasih telah diadakan pada 13 Julai 2015.Seramai 22 orang murid terlibat sebagai peserta khatam. Manakala 65 buah hampir dan sumbangan duit disediakan untuk murid-murid yang kurang berkemampuan.
Program Qiyamullail telah diadakan pada 18 April 2015 di Surau Al-Kauthar. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melatih murid-murid menunaikan solat-solat sunat pada waktu tengah malam.Mudah-mudahan kita sama-sama dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT..
Alhamdulillah..pada 10 Julai 2015..para hakim dari PPD Petaling Perdana telah hadir ke SMKAM2 memantau Surau Al Kauthar untuk Anugerah Surau Imarah KPM Peringkat Daerah.Jazakallahu khairan kathira kami ucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Mohamad Fahim bin Mohamed Jamli,Al Fadhil Ustaz Ahmad Rifaei bin Salleh dan Al Fadhil Ustaz Hafilzudin bin Zaini.Ucapan jutaan terima kasih juga atas teguran dan pandangan yang diberikan untuk mengimarahkan lagi surau kami.
Panitia Pendidikan Islam telah merancang pelbagai aktiviti Ihya' sepanjang bulan Ramadhan.Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah:
Ambang Ramadhan
Tadarus Al Quran
Radio Surau Al Kauthar
Tazkirah Ringkas
Iftar Ramadhan & Solat Terawih
Khatam Al Quran & Tautan Kasih
Kaunter Fidyah
Pelaburan Akhirat Bulan Ramadhan
Ceramah Nuzul Al Quran
Tadabbur Al Quran
...semoga kita sama-sama mendapat keberkatan di bulan Ramadhan Mubarak ini..
Penghakiman Anugerah Surau Imarah Peringkat Firqah 2 berlangsung pada tarikh 22-26 Jun 2015..Para hakim telah memantau Surau Al Kauthar pada 22hb Jun..Terima kasih diucapkan kepada Ustazah Rizatun,Ustazah Wan Afidah,Ustaz Jamhari dan Ustazah Roslida atas teguran dan idea yang membina..
Buletin Mimbar Al Kauthar diterbitkan setiap bulan oleh Jawatankuasa Biro Buletin Surau Al Kauthar.Buletin ini diedarkan kepada setiap murid bertujuan untuk menambahkan penguasaan ilmu diniyah..
Program Tadarus Al Quran diadakan pada setiap hari bulan Ramadhan bagi murid-murid berdasarkan pembahagian juzuk kelas-kelas yang telah ditetapkan oleh Panitia Pendidikan Islam..
Risalah Nisfu Syaaban telah diedarkan kepada murid-murid pada 29 Mei 2015..Risalah ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang nisfu syaaban dan persediaan menghadapi bulan Ramadhan..