Selamat Datang Ke Blog Surau Al-Kauthar SMKAM 2
Terima Kasih Kerana Sudi Meluangkan Masa Melayari Blog Kami xD.
Selamat Tinggal Pn Zaiton.
Semoga Pn Zaiton sihat selalu dan dapat meneruskan sumbangan untuk sekolah dan Surau Al-Kauthar
JOHAN KEBANGSAAN 2015!!!
Alhamdullilah, Kami berjaya!! Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjadikan Surau Al-Kauthar Juara Peringkat Kebangsaan Alhmadullilah xD
"Merdeka !!."
Persatuan Agama Islam dan Kelab Nasyid telah berkerjasama sebagai satu team perarakan sempena Program Ambang Merdeka di SMK Alam Megah 2
Ikrar Pengawas Surau
Pengawas Surau bersama-sama ikrar di pentas yang diketuai oleh Pengawas Surau
Kedua dalam perarakan bagi kategori sekolah
Kontinen lelaki telah memperolehi naib johan dalam perarakan sempena Sambutan Maulidul Rasul,Negeri Selangor
Tuesday, 29 September 2015
Simulasi Sambutan Penilaian Surau Imarah Peringkat Kebangsaan
Thursday, 17 September 2015
Program Solat Hajat PT3 & SPM
Monday, 7 September 2015
Bengkel Pembinaan Bahan Multimedia dan Pemurnian Fail Surau Imarah Peringkat Kebangsaan Kali 1
Bengkel Pembinaan Bahan Multimedia Surau Imarah Peringkat Kebangsaan Kali 1 telah dianjurkan oleh JPS bertempat di SMK Alam Megah 2, Shah Alam..Sebanyak 4 buah sekolah menyertai bengkel tersebut:
1) SMK Alam Megah 2(Surau Men)
2) SMK Seri Kundang(Musolla Men)
3) SK Sg.Terap(Surau Rendah)
4) SK Bandar Tasik Puteri(Musolla Ren)
Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Selangor dan semua sekolah yang terlibat dalam bengkel tersebut. Terima kasih juga kepada Pn.Roslina,Pengetua SMK Seksyen 24 kerana sudi berkongsi pengalaman dan idea kepada semua wakil negeri Selangor pada tahun ini.
Sunday, 16 August 2015
Kunjungan Tahniah Daripada SPI Jabatan Pendidikan Selangor
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SPI Jabatan Pendidikan Selangor yang diwakili oleh Ustaz Ismail bin Jaapar dan Ustazah Noraihan telah datang membuat kunjungan tanhiah ke Surau Al Kauthar SMKAM2 kerana telah berjaya mewakili negeri Selangor dalam Pertandingan Surau Imarah Peringkat Kebangsaan 2015..Surat makluman telah disampaikan oleh Ustazah Noraihan kepada Pn.Norhaizon,Pengetua SMKAM2..Alhamdulillah
Lawatan PPD Petaling Perdana
Alhamdulillah..pada 10 Ogos 2015,Pegawai Pendidikan Daerah PPD Petaling Perdana,Tn.Haji Ghazali bersama beberapa orang pegawai PPD telah datang melawat Surau Al Kauthar SMKAM2..terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk melawat surau kami..
Wednesday, 5 August 2015
Penghakiman Anugerah Surau Imarah Sekolah-sekolah KPM Peringkat Negeri Selangor
Ahlan wa sahlan diucapkan kepada barisan hakim Anugerah Surau Imarah Peringkat Negeri Selangor Tahun 2015.Kami amat mengalu-alukan kehadiran Al Fadhil Ustaz Ismail bin Jaapar,Ustaz S.Ardi bin Hanadi,Ustaz Azman bin Ahmad dan Ustazah Wan Nor Afidah bt Wan Ahmad. Terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Ahmad Rifaei bin Salleh,wakil PPD Petaling Perdana ke Surau Al-Kauthar.Semoga segalanya diberkati Allah SWT..
Program Nuzul Al Quran
Program ceramah Nuzul Al Quran diadakan pada 14 Julai 2015.Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada murid tentang sejarah penurunan Al Quran dan iktibarnya.Penceramah jemputan ialah Ustaz Mohd Hafiz daripada Masjid Munawwarah.
Program Khatam Al Quran dan Tautan Kasih
Program Khatam al Quran dan Tautan Kasih telah diadakan pada 13 Julai 2015.Seramai 22 orang murid terlibat sebagai peserta khatam. Manakala 65 buah hampir dan sumbangan duit disediakan untuk murid-murid yang kurang berkemampuan.






