Selamat Datang Ke Blog Surau Al-Kauthar SMKAM 2

Terima Kasih Kerana Sudi Meluangkan Masa Melayari Blog Kami xD.

Selamat Tinggal Pn Zaiton.

Semoga Pn Zaiton sihat selalu dan dapat meneruskan sumbangan untuk sekolah dan Surau Al-Kauthar

JOHAN KEBANGSAAN 2015!!!

Alhamdullilah, Kami berjaya!! Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjadikan Surau Al-Kauthar Juara Peringkat Kebangsaan Alhmadullilah xD

"Merdeka !!."

Persatuan Agama Islam dan Kelab Nasyid telah berkerjasama sebagai satu team perarakan sempena Program Ambang Merdeka di SMK Alam Megah 2

Ikrar Pengawas Surau

Pengawas Surau bersama-sama ikrar di pentas yang diketuai oleh Pengawas Surau

Kedua dalam perarakan bagi kategori sekolah

Kontinen lelaki telah memperolehi naib johan dalam perarakan sempena Sambutan Maulidul Rasul,Negeri Selangor

Wednesday, 1 July 2015

Program Tazkirah Ramadhan

Tazkirah di bulan Ramadhan diadakan untuk murid-murid yang menunaikan solat Dhuha pada waktu rehat.Tazkirah disampaikan oleh murid-murid yang telah dipilih.Pengisian tazkirah adalah menggunakan buku Bingkisan Ramadhan.

Program Solat Berjemaah

Program solat Dhuha dan solat Zohor berjemaah diadakan setiap hari mengikut jadual kelas yang telah ditetapkan.

Tuesday, 23 June 2015

Pertandingan Muazzin Cilik

Program  ini diadakan pada 13 April 2015.Antara objektif program ini ialah:

*untuk mencungkil bakat murid-murid

*melatih murid-murid berani dan    berkeyakinan tampil ke hadapan

*melatih murid dengan program penghayatan Islam

Sunday, 21 June 2015

Simulasi Sembelihan

Simulasi sembelihan diadakan pada 27 April 2015 untuk murid Tingkatan 4.Murid-murid diberi penerangan tentang sembelihan seterusnya melakukan simulasi sembelihan.Selepas simulasi tersebut,murid-murid memasak ayam sembelihan bersama guru.Tahniah buat semua yang terlibat.

Amali Pengurusan Jenazah

Amali prngurusan jenazah telah diadakan pada 28 Mei 2015 bagi murid  Tingkatan 3.Muri-murid diberi penerangan tentang pengurusan jenazah seterusnya melakukan amali mengkafankan jenazah.

Program Solat Dhuha

Program Solat Dhuha diadakan sepanjang tahun..murid-murid menunaikan solat dhuha individu pada waktu rehat manakala solat dhuha berjemaah pada waktu PdP pagi.

Festival Nasyid Daerah

Tarikh:9 April 2015
Hari:Khamis
Tempat:MSU
Alhamdulillah..kumpulan Nasyid Soutul Munawwir SMK Alam Megah 2 mendapat tempat ke-3.Tahniah kepada kumpulan nasyid.

MTQ Daerah PPD Petaling Perdana

Tarikh:4 April 2015
Hari: Sabtu
Tempat:SK Desaminium
SMK Alam Megah 2 telah menghantar 3 orang peserta sebagai wakil firqah 2 dalam acara Syarahan BM(L),Syarahan BI(L) dan Hafazan (P).Syarahan BI dan hafazan mendapat tempat ketiga manakala Syarahan BM mendapat tempat ke-4.