Selamat Datang Ke Blog Surau Al-Kauthar SMKAM 2

Terima Kasih Kerana Sudi Meluangkan Masa Melayari Blog Kami xD.

Selamat Tinggal Pn Zaiton.

Semoga Pn Zaiton sihat selalu dan dapat meneruskan sumbangan untuk sekolah dan Surau Al-Kauthar

JOHAN KEBANGSAAN 2015!!!

Alhamdullilah, Kami berjaya!! Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjadikan Surau Al-Kauthar Juara Peringkat Kebangsaan Alhmadullilah xD

"Merdeka !!."

Persatuan Agama Islam dan Kelab Nasyid telah berkerjasama sebagai satu team perarakan sempena Program Ambang Merdeka di SMK Alam Megah 2

Ikrar Pengawas Surau

Pengawas Surau bersama-sama ikrar di pentas yang diketuai oleh Pengawas Surau

Kedua dalam perarakan bagi kategori sekolah

Kontinen lelaki telah memperolehi naib johan dalam perarakan sempena Sambutan Maulidul Rasul,Negeri Selangor

Sunday, 16 August 2015

Kunjungan Tahniah Daripada SPI Jabatan Pendidikan Selangor

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SPI Jabatan Pendidikan Selangor yang diwakili oleh Ustaz Ismail bin Jaapar dan Ustazah Noraihan telah datang membuat kunjungan tanhiah ke Surau Al Kauthar SMKAM2 kerana telah berjaya mewakili negeri Selangor dalam Pertandingan Surau Imarah Peringkat Kebangsaan 2015..Surat makluman telah disampaikan oleh Ustazah Noraihan kepada Pn.Norhaizon,Pengetua SMKAM2..Alhamdulillah

Lawatan PPD Petaling Perdana

Alhamdulillah..pada 10 Ogos 2015,Pegawai Pendidikan Daerah PPD Petaling Perdana,Tn.Haji Ghazali bersama beberapa orang pegawai PPD telah datang melawat Surau Al Kauthar SMKAM2..terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk melawat surau kami..

Wednesday, 5 August 2015

Penghakiman Anugerah Surau Imarah Sekolah-sekolah KPM Peringkat Negeri Selangor

Ahlan wa sahlan diucapkan kepada barisan hakim Anugerah Surau Imarah Peringkat Negeri Selangor Tahun 2015.Kami amat mengalu-alukan kehadiran Al Fadhil Ustaz Ismail bin Jaapar,Ustaz S.Ardi bin Hanadi,Ustaz Azman bin Ahmad dan Ustazah Wan Nor Afidah bt Wan Ahmad. Terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Ahmad Rifaei bin Salleh,wakil PPD Petaling Perdana ke Surau Al-Kauthar.Semoga segalanya diberkati Allah SWT..

Program Nuzul Al Quran

Program ceramah Nuzul Al Quran diadakan pada 14 Julai 2015.Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada murid tentang sejarah penurunan Al Quran dan iktibarnya.Penceramah jemputan ialah Ustaz Mohd Hafiz daripada Masjid Munawwarah.

Program Khatam Al Quran dan Tautan Kasih

Program Khatam al Quran dan Tautan Kasih telah diadakan pada 13 Julai 2015.Seramai 22 orang murid terlibat sebagai peserta khatam. Manakala 65 buah hampir dan sumbangan duit disediakan untuk murid-murid yang kurang berkemampuan.

Monday, 27 July 2015

Program Qiyamullail

Program Qiyamullail telah diadakan pada 18 April 2015 di Surau Al-Kauthar. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melatih murid-murid menunaikan solat-solat sunat pada waktu tengah malam.Mudah-mudahan kita sama-sama dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT..

Friday, 10 July 2015

Penghakiman Anugerah Surau Imarah Peringkat Daerah PPD Petaling Perdana

Alhamdulillah..pada 10 Julai 2015..para hakim dari PPD Petaling Perdana telah hadir ke SMKAM2 memantau Surau Al Kauthar untuk Anugerah  Surau Imarah KPM Peringkat Daerah.Jazakallahu khairan kathira kami ucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Mohamad Fahim bin Mohamed Jamli,Al Fadhil Ustaz Ahmad Rifaei bin Salleh dan Al Fadhil Ustaz Hafilzudin bin Zaini.Ucapan jutaan terima kasih juga atas teguran dan pandangan yang diberikan untuk mengimarahkan lagi surau kami.

Wednesday, 8 July 2015

Program Ihya' Ramadhan 1436H

Panitia Pendidikan Islam telah merancang pelbagai aktiviti Ihya' sepanjang bulan Ramadhan.Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah:
Ambang Ramadhan
Tadarus Al Quran
Radio Surau Al Kauthar
Tazkirah Ringkas
Iftar Ramadhan & Solat Terawih
Khatam Al Quran & Tautan Kasih
Kaunter Fidyah
Pelaburan Akhirat Bulan Ramadhan
Ceramah Nuzul Al Quran
Tadabbur Al Quran
...semoga kita sama-sama mendapat keberkatan di bulan Ramadhan Mubarak ini..