Selamat Datang Ke Blog Surau Al-Kauthar SMKAM 2

Terima Kasih Kerana Sudi Meluangkan Masa Melayari Blog Kami xD.

Selamat Tinggal Pn Zaiton.

Semoga Pn Zaiton sihat selalu dan dapat meneruskan sumbangan untuk sekolah dan Surau Al-Kauthar

JOHAN KEBANGSAAN 2015!!!

Alhamdullilah, Kami berjaya!! Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjadikan Surau Al-Kauthar Juara Peringkat Kebangsaan Alhmadullilah xD

"Merdeka !!."

Persatuan Agama Islam dan Kelab Nasyid telah berkerjasama sebagai satu team perarakan sempena Program Ambang Merdeka di SMK Alam Megah 2

Ikrar Pengawas Surau

Pengawas Surau bersama-sama ikrar di pentas yang diketuai oleh Pengawas Surau

Kedua dalam perarakan bagi kategori sekolah

Kontinen lelaki telah memperolehi naib johan dalam perarakan sempena Sambutan Maulidul Rasul,Negeri Selangor

Tuesday 6 October 2015

Penilaian Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Kali Ke-3 Tahun 2015

Ahlan wa sahlan diucapkan kepada Panel Penilai Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Kali Ke-3 Tahun 2015..
Tuan Haji Arifuddin bin Abd. Hamid
Ketua Sektor,Sektor Dakwah dan Kepimpinan,BPI KPM
Ustaz Hairon bin Zainal Abidin
Ketua Unit Kawalan Aqidah dan Pemikiran,BPI KPM
Ustaz Abdul Rahman bin Che Soh
Penolong Pengarah Unit Budaya dan Syiar Islam,BPI KPM
Pegawai-pegawai Jababan Pendidikan Negeri Selangor
Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana
YDP PIBG serta tetamu-tetamu yang sudi hadir pada hari yang penuh barakah ini..Semoga majlis pada hari ini mendapat keberkatan Allah SWT..

Tuesday 29 September 2015

Simulasi Sambutan Penilaian Surau Imarah Peringkat Kebangsaan



Ahlan wa sahlan diucapkan kepada pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor ke Program Simulasi Sambutan Penilaian Surau Imarah Peringkat Kebangsaan di SMK Alam Megah 2..semoga majlis berjalan lancar..

Thursday 17 September 2015

Program Solat Hajat PT3 & SPM

Alhamdullilah, Program Solat Hajat PT3 & SPM telah dijalankan dengan berjaya, Program ini dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Zaharudin bin Mat Nor pada 17 September 2015 bersamaan 4 Zulhijjah. Program ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar PT3 & SPM serta para ibu bapa. Semoga program ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T













Monday 7 September 2015

Bengkel Pembinaan Bahan Multimedia dan Pemurnian Fail Surau Imarah Peringkat Kebangsaan Kali 1

Bengkel Pembinaan Bahan Multimedia Surau Imarah Peringkat Kebangsaan Kali 1 telah dianjurkan oleh JPS bertempat di SMK Alam Megah 2, Shah Alam..Sebanyak 4 buah sekolah menyertai bengkel tersebut:
1) SMK Alam Megah 2(Surau Men)
2) SMK Seri Kundang(Musolla Men)
3) SK Sg.Terap(Surau Rendah)
4) SK Bandar Tasik Puteri(Musolla Ren)
Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Selangor dan semua sekolah yang terlibat dalam bengkel tersebut. Terima kasih juga kepada Pn.Roslina,Pengetua SMK Seksyen 24 kerana sudi berkongsi pengalaman dan idea kepada semua wakil negeri Selangor pada tahun ini.

Sunday 16 August 2015

Kunjungan Tahniah Daripada SPI Jabatan Pendidikan Selangor

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SPI Jabatan Pendidikan Selangor yang diwakili oleh Ustaz Ismail bin Jaapar dan Ustazah Noraihan telah datang membuat kunjungan tanhiah ke Surau Al Kauthar SMKAM2 kerana telah berjaya mewakili negeri Selangor dalam Pertandingan Surau Imarah Peringkat Kebangsaan 2015..Surat makluman telah disampaikan oleh Ustazah Noraihan kepada Pn.Norhaizon,Pengetua SMKAM2..Alhamdulillah

Lawatan PPD Petaling Perdana

Alhamdulillah..pada 10 Ogos 2015,Pegawai Pendidikan Daerah PPD Petaling Perdana,Tn.Haji Ghazali bersama beberapa orang pegawai PPD telah datang melawat Surau Al Kauthar SMKAM2..terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk melawat surau kami..

Wednesday 5 August 2015

Penghakiman Anugerah Surau Imarah Sekolah-sekolah KPM Peringkat Negeri Selangor

Ahlan wa sahlan diucapkan kepada barisan hakim Anugerah Surau Imarah Peringkat Negeri Selangor Tahun 2015.Kami amat mengalu-alukan kehadiran Al Fadhil Ustaz Ismail bin Jaapar,Ustaz S.Ardi bin Hanadi,Ustaz Azman bin Ahmad dan Ustazah Wan Nor Afidah bt Wan Ahmad. Terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Ahmad Rifaei bin Salleh,wakil PPD Petaling Perdana ke Surau Al-Kauthar.Semoga segalanya diberkati Allah SWT..

Program Nuzul Al Quran

Program ceramah Nuzul Al Quran diadakan pada 14 Julai 2015.Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada murid tentang sejarah penurunan Al Quran dan iktibarnya.Penceramah jemputan ialah Ustaz Mohd Hafiz daripada Masjid Munawwarah.

Program Khatam Al Quran dan Tautan Kasih

Program Khatam al Quran dan Tautan Kasih telah diadakan pada 13 Julai 2015.Seramai 22 orang murid terlibat sebagai peserta khatam. Manakala 65 buah hampir dan sumbangan duit disediakan untuk murid-murid yang kurang berkemampuan.

Monday 27 July 2015

Program Qiyamullail

Program Qiyamullail telah diadakan pada 18 April 2015 di Surau Al-Kauthar. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melatih murid-murid menunaikan solat-solat sunat pada waktu tengah malam.Mudah-mudahan kita sama-sama dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT..

Friday 10 July 2015

Penghakiman Anugerah Surau Imarah Peringkat Daerah PPD Petaling Perdana

Alhamdulillah..pada 10 Julai 2015..para hakim dari PPD Petaling Perdana telah hadir ke SMKAM2 memantau Surau Al Kauthar untuk Anugerah  Surau Imarah KPM Peringkat Daerah.Jazakallahu khairan kathira kami ucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Mohamad Fahim bin Mohamed Jamli,Al Fadhil Ustaz Ahmad Rifaei bin Salleh dan Al Fadhil Ustaz Hafilzudin bin Zaini.Ucapan jutaan terima kasih juga atas teguran dan pandangan yang diberikan untuk mengimarahkan lagi surau kami.