Selamat Datang Ke Blog Surau Al-Kauthar SMKAM 2

Terima Kasih Kerana Sudi Meluangkan Masa Melayari Blog Kami xD.

Selamat Tinggal Pn Zaiton.

Semoga Pn Zaiton sihat selalu dan dapat meneruskan sumbangan untuk sekolah dan Surau Al-Kauthar

JOHAN KEBANGSAAN 2015!!!

Alhamdullilah, Kami berjaya!! Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjadikan Surau Al-Kauthar Juara Peringkat Kebangsaan Alhmadullilah xD

"Merdeka !!."

Persatuan Agama Islam dan Kelab Nasyid telah berkerjasama sebagai satu team perarakan sempena Program Ambang Merdeka di SMK Alam Megah 2

Ikrar Pengawas Surau

Pengawas Surau bersama-sama ikrar di pentas yang diketuai oleh Pengawas Surau

Kedua dalam perarakan bagi kategori sekolah

Kontinen lelaki telah memperolehi naib johan dalam perarakan sempena Sambutan Maulidul Rasul,Negeri Selangor

Tuesday 23 June 2015

Pertandingan Muazzin Cilik

Program  ini diadakan pada 13 April 2015.Antara objektif program ini ialah:

*untuk mencungkil bakat murid-murid

*melatih murid-murid berani dan    berkeyakinan tampil ke hadapan

*melatih murid dengan program penghayatan Islam

Sunday 21 June 2015

Simulasi Sembelihan

Simulasi sembelihan diadakan pada 27 April 2015 untuk murid Tingkatan 4.Murid-murid diberi penerangan tentang sembelihan seterusnya melakukan simulasi sembelihan.Selepas simulasi tersebut,murid-murid memasak ayam sembelihan bersama guru.Tahniah buat semua yang terlibat.

Amali Pengurusan Jenazah

Amali prngurusan jenazah telah diadakan pada 28 Mei 2015 bagi murid  Tingkatan 3.Muri-murid diberi penerangan tentang pengurusan jenazah seterusnya melakukan amali mengkafankan jenazah.

Program Solat Dhuha

Program Solat Dhuha diadakan sepanjang tahun..murid-murid menunaikan solat dhuha individu pada waktu rehat manakala solat dhuha berjemaah pada waktu PdP pagi.

Festival Nasyid Daerah

Tarikh:9 April 2015
Hari:Khamis
Tempat:MSU
Alhamdulillah..kumpulan Nasyid Soutul Munawwir SMK Alam Megah 2 mendapat tempat ke-3.Tahniah kepada kumpulan nasyid.

MTQ Daerah PPD Petaling Perdana

Tarikh:4 April 2015
Hari: Sabtu
Tempat:SK Desaminium
SMK Alam Megah 2 telah menghantar 3 orang peserta sebagai wakil firqah 2 dalam acara Syarahan BM(L),Syarahan BI(L) dan Hafazan (P).Syarahan BI dan hafazan mendapat tempat ketiga manakala Syarahan BM mendapat tempat ke-4.

MTQ Firqah 2

Tarikh: 24 Mac 2015
Tempat:SMK USJ 12
Firqah:Firqah 2
Alhamdulillah,SMK Alam Megah 2 telah menyertai MTQ peringkat firqah 2 dan telah memenangi 8 acara daripada 9 acara yang dipertandingkan.SMK Alam 2 telah menjadi Johan Keseluruhan bagi Firqah 2.Tahniah kepada semua peserta.

Friday 19 June 2015

Program Semarak Kasih PT6 (Pelajar Tahun 6)SRI Hira' Shah Alam

Jawatankuasa Persatuan Ibubapa Murid Tahun 6 SRI Hira' Shah Alam dengan kerjasama Surau Al Kauthar telah berjaya menganjurkan Program Semarak Kasih antara ibubapa,guru-guru dan murid-murid Tahun 6 2014 sejurus selepas keputusan UPSR diumumkan.Program ini bertujuan mengeratkan silaturrahim dan meraikan seluruh warga SRI Hira' dan Ibubapa yang telah bertungkus lumus mendidik anak-anak untuk berjaya.Pihak surau berbesar hati kerana Surau Al Kauthar menjadi pilihan mereka.

Program Bacaan Yaasin

Program bacaan yaasin diadakan pada hari jumaat mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam takwim.Bacaan Yaasin dipimpin oleh barisan pengawas Surau Al Kauthar.

Kursus Imam dan Bilal Pengawas Surau al Kauthar

Kursus Imam dan Bilal telah diadakan pada 30 April 2015.Bilangan peserta adalah seramai 50 orangereka diberi pendedahan tentang persediaan untuk menjadi imam dan bilal.Kursus ini dibimbing oleh Al Fadhil Ustaz Mutalib,Nazir Masjid Hidayatul Muttaqin Bukit Lanchung.

Eksplorasi Haji

Alhamdulillah, Jawatankuasa Surau al Kauthar telah berjaya menganjurkan Eksplorasi Haji bagi murid-murid tingkatan 5..penyertaan amat menggalakkan. Eksplolasi diadakan secara berkumpulan.Setiap kumpulan dikehendaki menjawab soalan di setiap check point.Hadiah disediakan untuk pemenang..johan,naib johan dan ketiga.

Majlis Pelantikan Pengawas Surau al Kauthar 2015

Majlis Pelantikan Pengawas Surau Al Kauthar 2015 telah diadakan pada 3 April 2015.Seramai 50 orang murid terpilih telah dilantik sebagai Lembaga Pengawas Surau.Semoga mereka dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah SMK Alam Megah 2

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan pada 23 Januari 2015..bermula dengan sesi ceramah seterusnya perarakan guru dan murid-murid di sekitar kawasan sekolah.T.kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis tersebut.

MTQ Peringkat Sekolah SMK Alam Megah 2

Panitia P.Islam SMK Alam Megah 2 telah mengadakan pertandingan MTQ peringkat sekolah pada 12 Februari 2015 bertempat di Surau Al-Kauthar dan Dewan Hjh Aishah.Acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al Quran,Hafazan,Syarahan BM,Syarahan BI dan Nasyid. Pertandingan ini adalah untuk memilih calon peserta ke pertandingan MTQ peringkat zon..t.kasih kepada semua peserta dan para hakim yang terlibat..

Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor

Pada 3 Januari 2015, SMK Alam Megah 2 telah menghantar 2 kontinjen (lelaki dan perempuan) menyertai pertandingan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor di Stadium Melawati Shah Alam. Alhamdulillah,kontinjen lelaki telah dinobatkan sebagai johan perarakan manakala kontinjen perempuan mendapat tempat ketiga.Bagi kategori sepanduk pula..kedua-dua kontinjen lelaki dan perempuan mendapat tempat kedua. Tahniah diucapkan kepada semua peserta,jurulatih dan guru-guru P.Islam yang telah bertungkus lumus untuk mencapai kejayaan tersebut.